29 Ogos 2017 - 07:48
Daesh Tidak Punyai Pilihan Lain Selain Serah Diri: Hassan Nasrallah

Pemimpin pergerakan Hizbullah Lubnan, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa anggota pengganas Takfiri Daesh yang telah meninggalkan kawasan sempadan Lubnan-Syria tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerah diri kepada pejuang Hizbullah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin pergerakan Hizbullah Lubnan, Syed Hassan Nasrallah berkata bahawa anggota pengganas Takfiri Daesh yang telah meninggalkan kawasan sempadan Lubnan-Syria tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerah diri kepada pejuang Hizbullah.

"(Anggota kumpulan) Daesh tidak mempunyai pilihan lain melainkan menyerah diri kepada kami kerana mereka -organisasi- telah runtuh dari dalam dan (anggotanya) harus menerima syarat kami," kata pemimpin Hizbullah itu di dalam sebuah ucapan yang disiarkan di dalam kaca televisyen pada hari Isnin.

Nasrallah juga mengatakan bahawa pertempuran di antara anggota kumpulan Takfiri Daesh dan pejuang Hizbullah di Qalamoun telah memberikan natijah yang positif kepada pergerakan yang berasal dari Lubnan itu. Menurut beliau, Hizbullah telah berjaya mencapai objektifnya di Qalamoun.

Beliau juga berkata bahawa pertempuran dengan pengganas Daesh adalah sebuah perjuangan yang tulus dan tidak dilaksanakan dengan hasrat untuk membalas dendam. Nasrallah turut memuji para pejuang kumpulannya yang berjaya mencapai objektif mereka.

Nasrallah menambah bahawa keganasan kumpulan Takfiri adalah sebuag agenda Amerika Syarikat dan Israel di rantau Timur Tengah. Menurut beliau, Washington dan Tel Aviv menaja pengganas dalam rangka menerapkan hegemoni mereka di rantau tersebut. -ABNA24

/315